»

Tuesday, November 4, 2008

Wakil SMKTU Ke Pertandingan Catur dan Scrabble pada Karnival Peringkat Daerah Johor Bahru




























Wednesday, October 29, 2008

BERITA SEMPENA KARNIVAL KRK PERINGKAT NEGERI JOHOR 2008.

Kontinjen Daerah Johor Bahru akan membawa seramai 14 orang peserta untuk mewakili daerah ini ke SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian bermula 31 Okt hingga 2 Nov 2008.

5 orang guru pengiring telah ditugaskan untuk memantau pergerakan peserta di sana.Guru-guru itu adalah En.Osman Safii daripada SMK Skudai,Pn.Wan Roselinda Wan Jaafar-EC,En. Md Shahrizan Jailani- SMK M.Khalid,Cik Zuraidah Jaafar-SMK Sultan Ismail dan saya sendiri Pn.Ainidah Abu Bakar-SMK Tasek Utara.

Memandangkan saya dan Pn.Wan Roselinda diarahkan untuk membawa bersama pelajar dari SDJ,SIGS,SMK BBU ,SMK Seri Perling dan EC, saya mencadangkan agar semua mereka berkumpul di SMK Tasek Utara sekitar jam 3.00 petang untuk bergerak ke Pontian.Jadi perjalanan lebih tersusun dan dapat menjimatkan kos dan tenaga guru pengiring...

31 Okt adalah hari pendaftaran ,urusan penginapan beserta taklimat dan undian pertandingan di SMKDPB.1 Nov merupakan hari pertandingan untuk scrabble,catur,pidato,public speaking dan pantun. Pada sebelah malamnya akan diadakan pertandingan lagu-lagu patriotik.2 Nov pula merupakan hari penentuan untuk pertandingan pantun dan seterusnya majlis penutupan rasmi karnival serta pelancaran blog KRK Johor. Majlis dijangka bersurai pada jam 11.00 pagi.

Semoga wakil JB akan pulang dengan kejayaan cemerlang.
Doa dipanjatkan ke hadrat Illahi semoga perjalanan kami selamat pergi dan kembali... AMIN.

Thursday, October 23, 2008

PENCAPAIAN PELAJAR SMK TASEK UTARA DI PERINGKAT DAERAH.

SMK Tasek Utara telah menyertai semua acara di peringkat daerah kecuali nyanyian lagu patriotik dan pantun.Berikut adalah pencapaian mereka:

1.Al Imran Kamarudzaman (2PM1) Public Speaking Tempat ke-3
2.Aqilah Haizan A.Halim (2PM2) Public Speaking Tempat ke-7
3.Amalina Suraya Sahar (2 PM2) Pidato Tempat ke-8
4.Al Imran Kamarudzaman (2PM2) Scrabble Tempat ke-4
5.Nurshakirah Hafiz (3PM1) Scrabble Tempat ke-8
6.Nur Syahira Rodzian (3PM1) Catur Tempat ke-6
7.Darmaseelan Thanakodi (3 PM1) Catur Tempat ke-2

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua wakil SMKTU atas kerjasama yang diberikan sepanjang pertandingan berlangsung.Semoga tahun-tahun mendatang membawa kejayaan yang lebih cemerlang untuk SMKTU.

KARNIVAL PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Karnival peringkat daerah telah berlangsung selama 2 hari di 3 buah sekolah KRK iaitu SMK Bandar Baru Uda, SMK Dato' Jaafar dan SMK Mohd Khalid.

Pertandingan pidato dan"public speaking" telah diadakan di Dewan SMK BBU pada 20hb Okt. SMK(P)Sultan Ibrahim telah menjuarai acara pidato kategori perempuan manakala SMK Sultan Ismail menjuarai kategori lelaki. Bagi "public speaking",SMK Mohd Khalid telah memenanginya bagi kategori perempuan dan SMK BBU memenangi kategori lelaki.

Bagi acara catur pemenang bagi kategori lelaki dan perempuan dimenangi oleh pasangan adik-beradik dari SMK Sultan Ismail.Bagi "scrabble" pula kategori lelaki dimenangi oleh Maktab Sultan Abu Bakar manakala kategori perempuan disandang oleh SMK Sri Perling.

Bagi acara nyanyian lagu patriotik SMK Mohd Khalid telah menjuarai bagi kedua-dua kategori.SMK Skudai pula akan mewakili daerah Johor Bahru dalam pertandingan pantun.

Semua juara akan ke peringkat negeri di SMK Penggawa Barat, Pontian untuk mewakili daerah Johor Bahru. Tarikh pertandingan ialah pada 1 dan 2 November ini.Bagi menjayakan karnival peringkat negeri , 31hb Oktober adalah merupakan hari pasukan Johor Bhru bertolak ke Pontian.

Sunday, October 19, 2008

PAMPLET SMK TASEK UTARA




Friday, October 17, 2008

KURSUS PEMBINAAN BLOG DI SSI,JB

17 Oktober-Jumaat, Penyelaras KRK bertemu sekali lagi untuk membina blog peringkat Daerah JB.Terdapat seorang Penyelaras baru diperkenalkan iaitu Pn.Zabarina dari Gelang Patah.
En.Nezhan memberi taklimat tentang blog dan penyelaras memulakan tugasan dengan penuh tekun sambil menikmati juadah minum petang.

Wednesday, October 15, 2008

PERJUMPAAN DENGAN PESERTA PERTANDINGAN KARNIVAL DAERAH JB.

Hari ini diadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar yang akan menyertai pertandingan.
Walaupun telah diberikan tajuk lebih awal kepada para peserta, usaha itu sia-sia apabila pelajar berkenaan menarik diri dengan pelbagai alasan. Guru terpaksa mencari peserta lain sebagai pengganti dan memberi taklimat sekali lagi.

Guru meminta pelajar sentiasa menghubungi guru jika terdapat sebarang masalah berkaitan pertandingan yang masanya sangat suntuk sekarang......kita sendiri dah 3 hari tiada di sekolah, mengawas SPM Amali.

Pada siapa nak mengadu...